Aktiviti meneroka gua atau ‘caving’ bukan sekadar menyeronokkan, malah semakin mendapat perhatian masyarakat dan para pelancong. Tahukah anda, negara Malaysia mempunyai gua terbesar dan terpanjang di dunia? Gua di Malaysia juga merupakan habitat lipas terbesar di dunia! Jom kita lihat bucket list gua-gua di Malaysia yang mesti dilawati:

1. Gua Niah, Taman Negara Gua Niah

Gua Niah ialah antara gua yang terpanjang di dunia dan merupakan gua batu kapur yang terbesar di dunia.

 

Terletak dalam kawasan Taman Negara Gua Niah yang berkeluasan 3,138 hektar. Penemuan rangka manusia yang berusia lebih 40,000 tahun telah menamakan Gua Niah sebagai tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara. Penemuan itu juga telah menarik minat ramai pengkaji arkeologi serta pelancong dari serata dunia sekali gus menjadikannya sebagai satu khazanah yang amat penting. Pelbagai kemudahan juga telah disediakan bagi memberi keselesaan kepada para pengunjung yang ingin menghabiskan masa menerokai Gua Niah ini.

2. Gua Air Jernih, Taman Negara Gunung Mulu

Gua ini dikenali sebagai salah satu sistem gua yang terpanjang di Asia Tenggara dengan kepanjangan yang dikatakan melebihi 200 kilometer. 

 

Untuk sampai ke Gua Air Jernih ini, para pengunjung boleh memasuki melalui Taman Negara Gunung Mulu sebelum  menyusuri Sungai Melinau dengan menaiki bot panjang dan melalui kawasan perkampungan etnik Penan. Apabila tiba di Gua Air Jernih, anda pasti akan teruja dan terpesona dengan keindahan serta kejernihan air nya yang sesuai dengan nama diberi. Anda juga akan diberi peluang untuk mencelup kaki di sungai gua ini sambil menikmati kehijauan alam di sekeliling. Namun anda perlu ingat, untuk berkunjung ke Gua Air Jernih ini, adalah amat penting untuk anda mengikuti pemandu arah kerana gua ini mempunyai 80 anak sungai yang bersambung-sambung dan boleh membuatkan anda mudah tersesat.

Di laman web staycation.xtvt anda boleh menempah pakej ‘caving’ di Gua Air Jernih ini dan sudah tentu pakej tersebut sudah termasuk dengan seorang pemandu arah yang berpengalaman! Pakej ini juga akan membawa anda ke gua seterusnya iaitu…

3. Gua Rusa, Taman Negara Gunung Mulu

Gua Rusa juga merupakan salah sebuah gua yang terletak di Taman Negara Gunung Mulu. Dikenali dengan nama Gua Payau oleh puak etnik Penan dan Berawan kerana rusa dikatakan sering berlindung di dalam gua tersebut pada satu masa dahulu.

Ia merupakan sebuah gua batu kapur dan terletak di kedudukan agak terpencil tetapi mudah dicapai dengan hanya berjalan kaki. Amat sesuai bagi mereka yang gemarkan aktiviti meneroka gua yang lasak dan mencabar. 

 

 

Gua Rusa boleh dicapai dengan mengikuti laluan pelantar kayu yang telah disediakan bermula dari ibu pejabat Taman Negara Gunung Mulu merentasi paya gambut, pamah aluvium (alluvial flat) dan rabung batu kapur. Gua ini merupakan tapak pengebumian silam bagi orang yang menduduki kawasan ini.

Laluan gua ini dikatakan yang terbesar di dunia, dan keluasan gua ini amat menakjubkan, dengan ukuran lebih 2 kilometer panjang dan tidak kurang dari 90 meter tinggi pada titik terendahnya.

Terdapat air juga terjun yang mengalir turun dari stalaktit berongga dengan ketinggian 120 meter yang dinamakan air terjun Adam dan Hawa. Ia terletak berhampiran dengan kawasan yang namakan Taman Syurga. Sebahagian bumbung gua telah runtuh dan memberi laluan kepada cahaya matahari untuk memasuki gua lalu membolehkan tumbuhan hijau tumbuh segar. Pemandangan indah tumbuhan itu bersama dengan aliran anak sungai memberikannya nama Taman Syurga.

Di waktu petang pula, para pengunjung akan dapat melihat sekumpulan kelawar yang terbang keluar dari mulut gua dan semestinya ia adalah pengalaman yang anda tidak akan lupakan.

Jadi bagaimana? Tak sabar nak lihat taman syurga dalam Gua Rusa ini? Tempah pakej ‘caving’ anda di staycation.xtvt sekarang!

4. Gua Nasib Bagus, Taman Negara Gunung Mulu

Gua yang juga terletak di Gunung Mulu ini menempatkan ruangan bawah tanah semula jadi yang terbesar di dunia yang dikenali sebagai Sarawak Chamber.

 

 

Untuk sampai ke Gua Nasib Bagus ini, pengunjung perlu melalui pelbagai jenis laluan. Dengan bantuan pemandu arah dan juga beberapa skil tambahan seperti berenang dan juga daya ketahanan yang tinggi, para penggemar aktiviti meneroka gua pastinya akan menikmati pengalaman yang indah setibanya mereka di gua ini. Namun begitu, persediaan yang rapi adalah sangat penting sebelum anda memulakan ekspedisi yang mencabar ke Gua Nasib Bagus ini.

5. Gua Senyum, Hutan Lipur Gunung Senyum

Gua Senyum terletak didalam Hutan Lipur Gunung Senyum dalam kawasan hutan simpan segitiga Jengka di daerah Temerloh, Pahang.

Gua batu kapur ini di ketahui dengan banyak kisah mitos yang menarik minat pengunjung dari pelbagai latar belakang. Terdapat lebih 25 gua dengan pelbagai nama yang unik dan klasik dan juga terdapat kisah menarik mengenai bagaimana nama Gunung Senyum ini tercipta.

 

 

Para penggemar aktiviti mencabar tidak seharusnya melepaskan peluang meneroka gua-gua di Gunung Senyum ini dan menikmati sendiri keindahan flora dan fauna yang terdapat di kawasan itu.

6. Gua Gomantong, Sandakan

Terletak di Sandakan Sabah, Gua Gomantong yang kaya dengan penemuan sarang burung ini terbahagi kepada dua kompleks gua— Simud Hitam dan Simud Putih.

Selain dikenali dengan kisah mitos disebalik penemuan gua ini, Gua Gomantong juga dikenali sebagai habitat kepada lipas yang terbesar di dunia.

 


 

Bagi para pengunjung yang fobia atau takut dengan lipas, mungkin Gua Gomantong adalah tempat yang sesuai untuk anda mencabar keberanian anda dan mungkin anda dapat menghilang kan terus perasaan takut kepada serangga tersebut.

7. Batu Caves, Selangor

Merupakan gua yang terkenal di kalangan pengunjung terutamanya penganut agama Hindu. Lokasinya yang terletak berhampiran dengan ibu negara Kuala Lumpur juga menjadikannya tarikan yang menarik buat para pelancong.

Batu Caves menempatkan kuil Hindu yang paling popular di luar dari negara India selain dari mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang telah bermula sejak seawal tahun 1860.

 

 

Untuk memasuki gua kuil ini, pengunjung perlu mendaki 272 anak tangga yang telah dibina bagi menggantikan tangga kayu yang pada masa dahulu dibina bagi memudahkan para penganut Hindu untuk melawat kuil itu. Disamping gua kuil yang utama, terdapat beberapa lagi pintu gua lain yang menjadi kunjungan orang ramai dari pelbagai latar belakang. Antara yang paling menarik ialah Dark Cave yang merupakan habitat kepada haiwan purba yang tidak terdapat di tempat lain.

Selain aktiviti meneroka gua yang dijalankan secara terkawal, terdapat juga aktiviti lain yang boleh dinikmati di kawasan Batu Caves ini seperti aktiviti ‘rock climbing’ terutamanya bagi yang baru ingin mencuba dan belajar, anda boleh dapatkan pakej Rock Climbing for Beginner di website staycation.xtvt .

8. Gua Tempurung, Gopeng

Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak. Mempunyai kepanjangan yang mencecah 3 kilometer, gua tempurung merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di semenanjung Malaysia. Ia terkenal dengan formasi batu stalaktit dan stalagmit dan juga ruangan dalam gua yang besar dan luas. 

Gua tempurung sememangnya amat mudah untuk diterokai dengan sebahagian dari gua tersebut telah dilengkapi kemudahan lampu dan laluan bersimen yang selesa untuk penerokaan yang dikenali sebagai ‘Show Cave’.

 

Namun, jika anda seorang yang sukakan cabaran dan gemar melakukan aktiviti ‘Caving’ atau ingin mencuba aktiviti ini, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai pakej penerokaan yang lebih mencabar dan sudah pasti memberikan pengalaman yang baru buat anda.

Sekiranya anda melawat ke daerah Gopeng dan ingin mencuba aktiviti ‘caving’ di Gua Tempurung dan pelbagai lagi aktiviti lasak lain seperti ‘water rafting’ dan ‘water tubing’. staycation.xtvt ada pelbagai pakej yang menarik dan semestinya dengan harga yang berpatutan buat anda.  

Bucket List: Teroka Gua di Malaysia

  1. Gua Niah, Sarawak : Gua Terpanjang di Dunia & Gua Batu Kapur Terbesar di Dunia
  2. Gua Air Jernih, Sarawak : Mempunyai Salah Satu Sistem Gua Terbesar di Asia Tenggara
  3. Gua Rusa, Sarawak : Laluan Gua Terbesar di Dunia
  4. Gua Nasib Bagus, Sarawak : Ruangan Bawah Tanah Semulajadi Terbesar di Dunia
  5. Gua Senyum, Pahang : Terkenal dengan Mitos Puteri Bunian
  6. Gua Gomantong, Sabah : Habitat Lipas Terbesar di Dunia
  7. Batu Caves, Selangor : Gua Kuil Penganut Hindu
  8. Gua Tempurung, Perak : Gua Batu Kapur Terbesar di Semenanjung Malaysia

Pastikan anda masukkan gua-gua ini dalam Bucket List anda! Jom lihat Bucket List: Outdoor Rock Climbing di Malaysia pula!